Profil Kami

Anis – Border’s Tea Banting

Sebagai pemilik restoran Seafood Ala Kampong yang terkenal di Banting, Anis juga merupakan graduan pengurusan logistik. Minatnya yang mendalam dalam bidang masakan telah membawa beliau lebih jauh dan kini lebih fokus kepada pengurusan penyediaan dan penghantaran makanan selain mengurus restoran sedia ada

Fitri – Entrepreneur

Berkelulusan Ijazah dalam System Networking, Fitri mempunyai minat mendalam dalam perusahaan perniagaan yang berinovatif dan memudahkan. Fitri juga mempunyai minat mendalam dalam penjagaan kesihatan menerusi hobinya yang gemar bersenam dan menjaga kualiti pemakanannya. Fitri merupakan pengasas kepada flyingmusseldelivery.com

Azree – Rakan Teknologi

Sebagai rakan teknologi, Azree yang terkenal dengan minatnya dalam mencipta dan mencuba sesuatu yang baru telah dilantik sebagai rakan teknologi kepada Flying Mussel Delivery (dahulunya dikenali sebagai Fitnis Shell Out Delivery) menerusi penyediaan sistem tempahan dan pembayaran online mereka. Azree juga individu pertama yang membina rumah menggunakan kontena serta pengasas TubeStay dan pemilik rumah kontena pertama dan termuda.